muslimah fashion pictureMuslimah fashion #12

Muslimah Fashion Blog

Muslimah fashion hari ini

Perkembangan dunia teknologi masa kini memudahkan penggemar2 muslimah fashion berkongsi rekaan terbaru mereka. Kita beruntung dalam dunia hari ini semua informasi muslimah fashion boleh didapati melalui telefon, computer ataupon tab. Kalau kita lihat di facebook sahaja, begitu ramai usahawan wanita menjual pakaian muslimah dan ini merupakan satu perkembangan yang amat bagus dalam industri perniagaan di Malaysia.

Menjual di fanpage Facebook.

muslimah fashion pictureAntara kategori muslimah fashion yang kini menjadi kegilaan para wanita adalah tudung. Banyak tudung yang berlambak di pasaran tempatan atau luar negara membuatkan kita terasa rambang mata untuk memilih. Kita buka facebook atau website ada bermacam jenis tudung seperti tudung bawal atau tudung siti. Walaubagaimana pon, sebelum kita membeli secara online adalah penting anda mengetahui latar belakang website atau fanpage facebook tersebut. Seperti yang tersedia maklum begitu ramai orang yang menjual pakaian muslimah seperti tudung, blouse dan jubah muslimah secara online tetapi sejauh manakah anda yakin untuk membeli daripada mereka. Muslimah fashion memang satu topic yang panjang tetapi kepada golongan wanita jangan terlalu mudah untuk terpengaruh dengan gambar yang menarik di dalam facebook dan terus membeli dengan melakukan transaksi melalui perkhidmatan perbankan internet. Kadang-kadang ada yang tertipu.

 Ramai artis dalam Negara kini sudah mula melakukan transformasi menjadi usahawan menjual pakaian muslimah seperti Heliza AF4. Sesungguhnya bertuah bagi artis-artis kerana mereka lebih mudah membuat penjenamaan jenama mereka kerana sudah mempunya populriti yang bagus. Muslimah fashion dengan artis seperti Heliza sememangnya sinonim kerana karekter Heliza yang sentiasa berketrampilan anggun dengan pakain muslimahnya. Antara jenis pakaian muslimah yang dijual adalah seperti blouse muslimah, tudung muslimah, baju kurung dan jubah muslimah.

 Tempat yang menjadi kegilaan kepada penggemar muslimah fashion

 muslimah fashion dressSememangnya banyak pembekal pakaian muslimah fashion dibawa dari dalam dan luar Negara dan antara tempat yang paling sinonim untuk mendapatkan pakaian muslimah yang murah adalah di kawasan bebas cukai seperti di pengkalan kubor, Tumpat, atau Rantau Panjang, Kelantan. Di sana pelbagai pakaian  muslimah dijual dengan harga yang amat murah. Sebagai contoh kalau jubah muslimah yang dijual di pasaran biasa adalah RM120 tetapi di sini anda boleh mendapatkan harga serendah RM70. Selain itu tudung muslimah juga boleh dikatakan begitu banyak sekali sehinggakan apabila anda berjalan disana selama 2 atau 3 jam sekalipun anda tidak akan sedar. Bagi penggemar pakain muslimah saya yakin anda akan rambang mata. Pelbagai jenis tudung yang kebanyakannya yang dibawa dari Thailand atau pon Indonesia banyak didapati di sini dengan harga 20-30% lebih murah dari harga biasa dan sekiranya anda beli lagi banyak atau pon secara borong anda boleh mendapat harga yang lebih murah. Dan tips untuk mendapat harga yang berpatutan anda kenala pandai mengambil hati pembeli di negeri Siti Katijah ni. Kalau anda pandai kecek Klate lagi senang untuk tawar menawar.

 Hari raya semakin dekat dan sememangnya setiap penggemar muslimah fashion semakin bergiat aktif untuk mencari stok untuk dijual di pasaran tempatan. Namun untuk penggemar muslimah fahion adalah diingatkan agar tidak berbelanja secara boros sehingga kan keperluan asas tidak dibeli sedangkan kemahuan pula diikuti. Jadi berpada-padalah merancang perbelanjaan. Jangan ikut rasa nanti binasa, jangan ikut hati nanti mati. Semoga perkongsian sedikit ini memberi anda informasi yang berguna untuk para penggemar muslimah fashion sekalian. Sekian

Coretan Muslimah Fashion Dot Com.

Like it.? Share it: